Sunday, 12 August 2012

Kaya di bulan ramdhan

bismillahir rahmanirrahim...
assalamualaikum.. alhamdulillah, sampai juga kita ke penghujung ramadhan, malam-malam yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pencinta Allah. malam untuk 'bertemu-Nya'...
Malam semalam sempat la pergi ke Bazar Ramdhan, hajat untuk mencari kain sampin... sungguh meriah suasana di Bandar Kluang, hingga parking pun susah nak dapat... seround jugak lah pusing cari parking... Kaya peniaga yang berniaga ni, boleh untung besar ni... dalam hati berkata-kata. setelah parking kereta, saya mula la misi bergerak dari 1 kedai ke kedai yang lain dengan 2 tujuan, iaitu cantik dan murah... alhamdulillah, daripada harga RM45, RM 35, RM 30 dan akhirnya dapat lah harga RM 25... pelik kan, kain sama tapi harga berbeza ikut kedai...
em macm tu la ek, bl nak raya, masing-masing sibuk dan menyibuk... kat bandar parking penuh, siap ada yang jaga, tapi parking di Masjid mulai kosong... saf2 yang dl sampai 7-8 baris, ada yg 2-3 baris mulai berkurangan... adakah kita ni takut pada malam lailatulqadar? mana la tau kan mcm yg kita dgr ada pokok sujud, air kolah kering dan sebagainya.... em tepuk dada tanya la iman dan nafsu... syaitan digari, tapi nafsu tetap bermaharajalela.... astaghfirullah.  dah la kat bazar dah keluar duit, nak beramal pun malas.... rugi la kita dunia akhirat.... kalau peniaga tadi ada gak untungnya kat dunia... kat akhirat tu urusan masing-masing la eh.
tapi bagaimana dengan kita? terutama diri saya ni la yang sentiasa lupa pada janji-janji Allah, lupa pada perintah Allah.... astaghfirullah..... mana tak lupa, imam mula malam 16 Ramadhan dah baca surah al-qadr... tu pun tak nak lagi beramal... cuma kepada sesiapa yang dapat beramal tu, jangan la hanya niat iktiqaf, pastu tido... tak salah tapi rugi.....
mudah-mudahan bila saya menaip ni Allah bukakan hidayah untuk saya dan sesiapa yang baca...."Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah beserta kita"... kenal la Allah kerana dia beserta kita........ semoga Ramadhan ini Allah bukakan hidayah untuk kita.. aminnn