assalamualaikum w.b.t
salam bercuti kepada rakan-rakan guru dan salam kekayaan kepada rakan-rakan yang bekerja... semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah Allah. Alhamdulillah, sempat juga utk saya menulis sebagai satu perkogsian kepada rakan-rakan yang membaca. bukan untuk berdakwah atau mangajar, tetapi sekadar mengingatkan diri dan meningkatkan diri sebagai hamba Nya... hamba abdi kepada Allah, Kuli kepada Allah, Balaci kepada Allah... "sami'na wa ata'na", kami dengar dan kami taat.....
saya tertarik dengan statement guru saya bahawa zikir Allah Allah itu adalah wajib kepada semua orang Islam.... mari kita fikirkan jika kita mahu berfikir..
1. dalam surah Toha ayat 14 Allah ada berfirman yang maksudnya "... dan dirikanlah sembahyang untuk zikirkan aku"... zikir dalam bahasa melayu bermaksud ingat. jika dalam sembahyang Allah dah perintahkan kita zikir Allah Allah, tak kan la kt tak nak amalkan zikir Allah Allah.
2. Dalam surah an-Nisaa ayat 103 " Lantas apabila kamu telah selesai sembahyang (sembahyang di waktu perang) itu, maka hendaklah kamu zikir Allah Allah sambil berdiri dan duduk dan (sambil berbaring) atas rusuk-rusuk kamu"... masa sembahyang Allah suruh kita zikir, lepas sembahyang pun kita kena zikir jugak.....
3. Dalam surah ali Imran ayat 191 Allah berfirman " (Iaitu) orang-orang yang zikir Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa berbaring mengiring..."
sebenarnya banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut berkaitan zikir Allah Allah... untuk maklumat lanjut sila rujuk kitab-kitab dan buku-buku berkaitan cara dan amalan zikir.... tapi perlu ingat, kena cari GURU dalam pengamalan zikir dan apa jua amalan dalam agama.. sedangkan yang ada guru pun tersesat, inikan pula yang tidak berguru... fikir fikirkan lah...... bayangkan bila kita koma atau pengsan, tak boleh sembahyang, tak boleh baca quran... so apa panduan kita masa tu? andai saat tu kita ada zikir Allah Allah, ada la panduan untuk kita daripada di lalaikan dan di goda oleh syaitan...
macam mana kita sehari-hari? apa yang kita ingat?... tepuk dada tanya la iman.... banyak kan la berdoa agar kita sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah daripad Allah.... Amin