Wednesday, 5 December 2012

kayakan hati dengan zikir Allah Allah

assalamualaikum w.b.t

salam bercuti kepada rakan-rakan guru dan salam kekayaan kepada rakan-rakan yang bekerja... semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah Allah. Alhamdulillah, sempat juga utk saya menulis sebagai satu perkogsian kepada rakan-rakan yang membaca. bukan untuk berdakwah atau mangajar, tetapi sekadar mengingatkan diri dan meningkatkan diri sebagai hamba Nya... hamba abdi kepada Allah, Kuli kepada Allah, Balaci kepada Allah... "sami'na wa ata'na", kami dengar dan kami taat.....
saya tertarik dengan statement guru saya bahawa zikir Allah Allah itu adalah wajib kepada semua orang Islam.... mari kita fikirkan jika kita mahu berfikir..
1. dalam surah Toha ayat 14 Allah ada berfirman yang maksudnya "... dan dirikanlah sembahyang untuk zikirkan aku"... zikir dalam bahasa melayu bermaksud ingat. jika dalam sembahyang Allah dah perintahkan kita zikir Allah Allah, tak kan la kt tak nak amalkan zikir Allah Allah.
2. Dalam surah an-Nisaa ayat 103 " Lantas apabila kamu telah selesai sembahyang (sembahyang di waktu perang) itu, maka hendaklah kamu zikir Allah Allah sambil berdiri dan duduk dan (sambil berbaring) atas rusuk-rusuk kamu"... masa sembahyang Allah suruh kita zikir, lepas sembahyang pun kita kena zikir jugak.....
3. Dalam surah ali Imran ayat 191 Allah berfirman " (Iaitu) orang-orang yang zikir Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa berbaring mengiring..."

sebenarnya banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut berkaitan zikir Allah Allah... untuk maklumat lanjut sila rujuk kitab-kitab dan buku-buku berkaitan cara dan amalan zikir.... tapi perlu ingat, kena cari GURU dalam pengamalan zikir dan apa jua amalan dalam agama.. sedangkan yang ada guru pun tersesat, inikan pula  yang tidak berguru... fikir fikirkan lah...... bayangkan bila kita koma atau pengsan, tak boleh sembahyang, tak boleh baca quran... so apa panduan kita masa tu? andai saat tu kita ada zikir Allah Allah, ada la panduan untuk kita daripada di lalaikan dan di goda oleh syaitan...
macam mana kita sehari-hari? apa yang kita ingat?... tepuk dada tanya la iman.... banyak kan la berdoa agar kita sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah daripad Allah.... Amin

Sunday, 11 November 2012

ya ghani ya ghafurrahim....

Bismillahirrahmanirraihim....
kaifa halukum jamiaan.... insyaallah, Allah ma'ana
alhamdulillah.... andai dipanjangkan umur kita akan bertemu dengan bulan Muharram, Bulan yang mana hijrahnya Nabi Muhamad s.a.w dari Mekah ke Madinah (Yathrib)... suatu peristiwa yang sangat besar selepas peristiwa isra' dan mikraj Nabi... kita faham dan ikut apa yang nabi tinggalkan kepada kita itu adalah yang sangat penting daripad akita berarak, berkumpul tapi tiada apa-apa yang kita faham berkaitan ajaran nabi.. seperti contoh ketika nabi dan saidina Abu Bakar dikepung di Gua Thur?... apa yang kita faham? yang kita tau saidina Abu Bakar di patuk ular, ketakutan, ada labah-labah, ada burung... adakah kita kaji dan faham apa yang Saidina Abu Bakar dapat ketika berkhalwat/ bersuluk bersama Nabi Muhamad s.a.w... kalau ikut guru saya masa saidina Abu Bakar sedang menggigil ketakutan pada masa tu Nabi berkata kepada beliau "La Tahzan, In Nallah Ma'ana"... Jangan kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita....suatu maksud yang sangat panjang dan tersirat untuk diterangkan.... hanya guru yang bertauliah sahaja yang boleh terangkan maksudnya dengan terang, jelas dan terperinci...
ingatlah... pada akhir zaman ini, banyak perkara yang betul jadi sebaliknya dan perkara yang batil semakin berleluasa dan bermaharajalela... bermunajatlah pada Allah, mohon lah hidayah daripada Allah, mintaklah kepada Allah beri petunjuk jalan yang benar....
Seorang kawan saya, ustaz dari Mesir.... walaupun mempunyai pengetahuan agama dan pendidikan agama tetap bermunajat dan memohon kepada Allah jalan yang lurus, jalan mengenal Allah, mengenal Rasulullah. alhamdulillah, Allah beri hidayah dan petunjuk kepada beliau.....
untuk kita pula apa pula? adakah kita percaya kepada yang Baharu? yang Binasa? kenapa kita tidak mencari yang Qadim,  yang Hayat.... bermunajatlah kepada Allah agar kita diberi petunjuk dan hidayah... sempena bulan Muharram yang bakal tiba... kenal lah tuhan yang menjadikan kita... " Awwaludin ma'rifatullah"... awal agama adalah mengenal Allah.... ada sifat wajib bagi-Nya, ada asma'-Nya, ada alam-Nya, ada kalam-Nya dan Kekuasaanya di serata langit dan bumi.... kenal lah Dia, sesungguhnya Allah itu hampir dengan kita...

Sunday, 12 August 2012

Kaya di bulan ramdhan

bismillahir rahmanirrahim...
assalamualaikum.. alhamdulillah, sampai juga kita ke penghujung ramadhan, malam-malam yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pencinta Allah. malam untuk 'bertemu-Nya'...
Malam semalam sempat la pergi ke Bazar Ramdhan, hajat untuk mencari kain sampin... sungguh meriah suasana di Bandar Kluang, hingga parking pun susah nak dapat... seround jugak lah pusing cari parking... Kaya peniaga yang berniaga ni, boleh untung besar ni... dalam hati berkata-kata. setelah parking kereta, saya mula la misi bergerak dari 1 kedai ke kedai yang lain dengan 2 tujuan, iaitu cantik dan murah... alhamdulillah, daripada harga RM45, RM 35, RM 30 dan akhirnya dapat lah harga RM 25... pelik kan, kain sama tapi harga berbeza ikut kedai...
em macm tu la ek, bl nak raya, masing-masing sibuk dan menyibuk... kat bandar parking penuh, siap ada yang jaga, tapi parking di Masjid mulai kosong... saf2 yang dl sampai 7-8 baris, ada yg 2-3 baris mulai berkurangan... adakah kita ni takut pada malam lailatulqadar? mana la tau kan mcm yg kita dgr ada pokok sujud, air kolah kering dan sebagainya.... em tepuk dada tanya la iman dan nafsu... syaitan digari, tapi nafsu tetap bermaharajalela.... astaghfirullah.  dah la kat bazar dah keluar duit, nak beramal pun malas.... rugi la kita dunia akhirat.... kalau peniaga tadi ada gak untungnya kat dunia... kat akhirat tu urusan masing-masing la eh.
tapi bagaimana dengan kita? terutama diri saya ni la yang sentiasa lupa pada janji-janji Allah, lupa pada perintah Allah.... astaghfirullah..... mana tak lupa, imam mula malam 16 Ramadhan dah baca surah al-qadr... tu pun tak nak lagi beramal... cuma kepada sesiapa yang dapat beramal tu, jangan la hanya niat iktiqaf, pastu tido... tak salah tapi rugi.....
mudah-mudahan bila saya menaip ni Allah bukakan hidayah untuk saya dan sesiapa yang baca...."Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah beserta kita"... kenal la Allah kerana dia beserta kita........ semoga Ramadhan ini Allah bukakan hidayah untuk kita.. aminnn

Friday, 25 May 2012

Maha Kaya Allah

assalamualaikum....
bulan yang banyak memberi pengajaran dan menyedihkan bila orang yang kita kenal meninggal dengan tanpa dengar berita sakit atau nazak.... kullu nafsin za iqotul maut... benar kata Allah, setiap yang bernyawa pasti menemui mati... mati itu adalah pertemuan bagi kita yang hidup, bersedia atau tidak kita pasti bertemu dengan kematian, bertemu dengan malaikat izrail dan bahagianya orang soleh bila bertemu dengan Allah.
sekadar perkongsian bila cerita pasal mati... kitab-kitab lama yang saya ada terbaca, Maha Kaya Allah yang Pengasih dan Penyayang akan menghantar tanda atau peringatan kepada hamba-Nya sebelum dicabut oleh malaikat maut. seingat saya 100 hari sebelum kita meninggal Allah dah beri tanda, begitulah Pengasih dan Penyayangnya Allah, cuma kita je yang tak perasan dan sedar akibat kesibukan kita pada dunia. tanda yang bagaimana tu saya tak berani nak huraikan kerana kecetekan ilmu dan terlupa... cuma rakan-rakan yang baca boleh merujuk kepada orang Alim atau Guru Mursyid. Seterusnya tanda pada hari yang ke-40 dan sehinggalah semasa kita nazak... begitulah Pemurahnya Allah yang ingin hamba-hamba-Nya masuk ke Syurga-Nya....
Bagaimana persediaan kita untuk menghadapi mati?... sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, hadith nabi s.a.w 'man akhiri kalamuhu la ilaha illallah daholal jannah'.. barangsiapa yang akhir kalamnya la ilaha illallah masuk syurga.... pasti dan sudah pasti. tapi setakat mana amalan kita berzikir la ilaha illallah ni? kat masjid-masjid atau surau-surau kadang-kadang je berzikir la ilaha illallah... ramai imam-imam hanya bertakbir (Allahu akbar), bertahmid (alhamdulillah), bertasbih (subhanallah)... betul, tak salah imam-imam cuma sayang, seribu kali sayang.... yang disebut tadi masih lagi tak dikira berzikir melainkan ada yang dipandang atau dihati KETIKA bertakbir, bertahmid dan bertasbih. Dalam al quran ada menyebut berkaitan sebaik-baik zikir adalah la ilaha illallah. sayangkan kalau tidak disertakan dengan la ilaha illallah.....
satu lagi ayat dalam al quran ada menyebut "adalah dengan zikir Allah akan menenangkan hati".... mudah sahaja  petua dan ajaran yang Allah ajar untuk tenangkan hati, tak payah nak pergi jauh-jauh, nak modal besar-besar, zikir je Allah pasti hati akan tenang... bagaimana kalau tak tenang gak? mungkin cara zikirnya tak betul, macam kita makan, baca doa atau tak baca tetap makan, tapi yang betulnya sebelum makan baca doa....
alhamdulillah, apa yang saya fikirkan dari tadi telah dikongsikan.. semoga saya sentiasa diberi Allah hidayah dan petunjuk.... Peringatan untuk kita terutama saya, bila tibanya akhir zaman dan tanda-tanda kiamat PERKARA YANG SALAH AKAN JADI BETUL, DAN PERKARA YANG SALAH AKAN JADI BETUL..... kita fikir-fikirkan lah....

Monday, 21 May 2012

Maha Kaya vs Kaya Ilmu 2

assalamualaikum...
masih lg dlm topik kaya, m.be bl 1st time bc blog sy ni mcm ne nak jd kaya ek... tp rupa-rupanya cerita pasal kaya je... em bukannya apa, sy sengaja cr tajuk yang biasa org fikir.. tp bl bc ianya di luar kebiasaan... biar la kt kaya di akhirat eh... kt xlayak utk dpt syurga, tp kt kena sentiasa mintak keredhaan daripada tuan empunya syurga itu...
ptg2 mcm ni best gak dpt habiskan ms dgn keluarga eh... cm utk ingatan utk sy juga, anak2 dan harta itu adalah ujian dari Allah, mcm ne kt nak jd kan ujian itu ibadah dan akhirat kena la rujuk quran da hadith... kena rujuk yg arif... insyaAllah...di lain ms kt muzakarah pasal anak dan harta benda tu eh...
emm... saya terpanggil utk berkongsi dengan rakan-rakan berkaitan sumber hukum yang ketiga dalam ISlam iaitu Ijma' Ulamak... siapa dia ulamak? menurut orang alim adalah berbeza orang alim dan ulamak... m.be kt nampak bezanya cuma jamak dan single.... tapi menurut kajian orang alim itu mereka yang hanya merujuk kepada buku semata-mata, tapi ulamak itu adalah mereka yang sentiasa menuntut keredhaan Allah, sentiasa meminta petunjuk dan hidayah dan sentiasa takut kepada Allah (bertaqwa)...
selain itu perbezaan yang jelas bila dilihat kepada hukum-hukum syariat yang dijatuhkan seperti pengharaman forex, pengharaman dadah dan sebagainya... memang dalam usul fiqh banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menjatuhkan hukum sama ada haram, harus atau makruh... tapi bila kita melihat kepada ilmu usul tahqiq, hanya Allah sahaja yang berhak mengharamkan, mengharuskan dan memakruhkan sesuatu.. sebagai contoh ulamak salaf akan bermunajat sehingga sembahyang sunat 200 rakaat untuk menjatuhkan sesuatu hukum, minta pada Allah petunjuk dan hidayah... tapi sekarang kita lihat kena bentang kertas kerja, pastu mesyuarat dan jatuhkan hukum....
pada pendapat saya yang jahil ni dua2 kaedah dalam menjatuhkan hukum ini betul... cuma kita kena melihat kepada 3 aspek terpenting iaitu syariat, tauhid dan tasauf... apapun jangan pisahkan yang 3 ni....

MAHA KAYA vs kaya ilmu

Assalamualaikum.... alhamdulillah dipanjangkan lagi oleh Allah umur dalam keimanan dan ketaqwaan, insyaAllah. hampir 2 bulan tidak menulis di blog... bukan tiada masa or bz.. tp kemalasan mengheret kepada kebekuan minda dan akal.... bagaikan binatang ada akal tapi tidak mampu berfikir, ada otak tapi tidak diberi keizianan oleh Allah untuk berminda... Alhamdulillah, banyak perbezaan kita dengan makhluk-makhluk yang lain...
Panjatkan kesyukuran kehadrat Allah dan rasulnya kerana sampai agama Islam kepada kita.. 'menurun' agama Islam kepada kita oleh kerana mak dan ayah kita Islam.. orang kata menurun ni tak betul, tapi bagaimana menurun agama? mari kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan?
Fikir dan renungkan sembahyang kita, adakah sembahyang kita menurun daripada mak dan ayah kita... bagaimana pulak puasa, zakat, haji dan yang paling penting Syahadah kita.... adakah sudah sempurna Islam kita... saya merujuk kepada diri sendiri yang amat lemah dan jahil dalam bab-bab agama ini.. belajar sembahyang pun masa sekolah rendah, masa belum baligh... sekarang baru terfikir betul atau tidak rukun fi'li kt, rukun qauli dan rukun qalbi... astaghfirullah...
Nabi pernah bersabda 'tolabul ilmi minal 'ahdi ilal lahdi... tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad... banyak dan luas betul ilmu Allah.. Allah yang Maha Sempuran, Maha Bijaksana, Maha Agong dan Maha Pengasih.. yang kita kena bersangka baik kepada-Nya... kt bersangka baik bahawa amalan kita diterima oleh-Nya... Namun begitu atas sandaran apa kt rasa amalan kt diterima... dalam urusan dunia pun kt kena ada KPI, untuk tanam pokok pun kt kena belajar, buat roti canai pun kena berguru.. inikan pula ilmu agama...
hari ini ramai di antara kt termasuk saya tak nak berguru dalam membetulkan sembahyang, entah-entah niat je pun kt dah tak betul... masalahnya siapa dan di mana tempat kita nak rujuk?
Menurut sejarah, Imam Nawawi mendapat solat yang khusyuk pada umur 40 tahun... itu ulamak yang sohor... orang kata kalau nak belajar buat rumah dengan tukang rumah, nak belajar buat parang belajar dengan tukang besi... nak belajar sembahyang khusyuk kena la cari guru mursyid yang sembahyangnya telah mendapat martabat khusyuk.... astaghfirullah, di mana kt hari ini kalau sembahyang kita, puasa kita, SYAHADAH kita, zakat kita, haji kita ke laut... sebagai peringatan untuk diri saya, berdampinglah dengan guru mursyid... selagi belum qiamat selagi tu lah guru mursyid tetap ada... kerana Allah Maha Penyayang.......

Tuesday, 20 March 2012

Maha Kaya

assalamualaikum.... ptg yg indah di Banda Hilir Melaka. alhamdulillah Maha Kaya Allah yang masih lg memberikan nikmat untuk kehidupan kt yg fana ini. tu la kayanya Allah..... diberi segala yg kita nak, yg kita tak nak pun di bagi gak... kaya Allah. tak kira siapa pun kita, kufur or beriman, baik or jahat, Allah tetap dgn sifat Al-Ghani, Ar-Rahman, Ar-Rahim....
so...mcm ne kt hendak jd hamba yg bersyukur? kalau dlm konsep hablu minannas, hubungan dgn manusia amat mudah... baik dibalas dgn baik, budi dibalas dgn budi, senyum dibalas dgn senyum, hormat dibalas dgn hormat... tp mcm ne pula konsep kt sebagai hamba kepada TUAN EMPUNYA ALAM?
Sekadar perkongsian, andai ada yg tidak terima pendapat saya, kt muzakarah la eh, maklum lah saya ni bukan ustaz, tapi untuk kekuatan jiwa dan rohani perkongsian ini ditulis....
Secara mudahnya kt kena faham maksud "HAMBA" itu sendiri. 'ma kholaqtul jinna wal insa illa liya'buduun'.... tidak Ku jadikan jin dan manusia utk beribadah (kepada Ku). menurut alim ulama', maksud beribadah (amal ibadah) adalah ikhlas semata-mata kerana Allah. luas tafsiran ikhlas ni kerana ikhlas ini Allah sahaja yg dapat menilainya.
kt sembahyang dgn khusyuk itu adalah ikhlas kerana Allah. jika sembahyang kt masih lg tidak khusyuk terutama saya ni belum lg sampai tahap ikhlas. kt duduk berzikir sampai bertahan 1jam-2jam atau lebih itulah ikhlas... kalau 10minit dh sakit belakang belum lg ikhlas... bagaimana Bilal bin Rabah boleh bertahan ketika diseksa itulah Ikhlas. Nabi Muhamad s.a.w sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki itulah ikhlas....
saya sering tertanya-tanya di mana tahap saya bila terlintas pasal Ikhlas ini? ikhlas bukan sekadar menderma sahaja... tp dari semua segi kt kena ikhlas... itu la amalan yg dipandang oleh Allah.. astaghfirullah...
wallahua'lam....

Saturday, 17 March 2012

kaya dunia miskin di akhirat...

assalamualaikum... alhamdulillah anak2 dah tidur, ada la kesempatan utk sy menyambung lg kisah kaya ini... anak2 agak meragam sikit dr mlm td coz selsema dan batuk2... m.be keletihan akibat blk kg Jengka 5 pahang dan Kg Sg Kluang Rengit... yelah.. Allah Maha Kuasa, Maha Agong, Maha Pengasih, Maha Kaya merencanakan sesuatu dengan sempurna sekali.. jika penyakit dtg mesti ada jalan ceritanya... org sekarang panggil asbabnya... tu lah Allah... Arrahman Arrahim...
bl ada kelapangan begini teringat sepanjang perjalanan blk kg.. terutama bl memsuki kawasan kg dan felda di Pahang... byk lembu dan kambing yang hidupnya merata-rata, siang dan mlm memakan rumput di tepi jalan.. kalau mlm lembu yang kesejukan akan ke tengah jalan.. so bl nampak ada tompok2 tahi lembu di jalanan kena berwaspada coz di situ ada lembu....
sebenarnya mmg kaya org yg bela lembu ni... bayangkan kalau kat felda2 tu sampai sekawan lembu 20-50 ekor lembu, sy xla berhentikan kereta utk mengira.. cm anggaran saje la...kalau tahun depan ms musim Raya Haji dpt jual 10 ekor.. 10ekor x RM2800= RM 28k.... kaya tuu...
namun... apa yg sy nak kongsikan di sini adalah bagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul menternak dan menjaga haiwan gembalaan beliau..... panduan dan kaedah dah ada, tp ramai yg tak ikut....atau tak nak ikut... atau tak terikut... pd pendapat sy mmg lumayan dan kaya kalau part-time boleh dapat 28k setahun... tp mcm ne nasib kt di akhirat nanti... kira menganiaya binatang kalau kt tak binakan kandang, tak sediakan makanan, tak kisah kesihatan... dan sebagainya lah...
pendapat sy yg tidak  mempunyai ilmu agama yg tinggi ni, haiwan2 td akan menuntut hak-haknya di akhirat nanti... ms yaumulhisab... ms hari pembalasan... hari di mana segala amalan kt dr sekecil-kecil zaharah hingga sebesar2 zahrah di timbang dan dikira... hari di mana tangan, kaki, dan segala benda di dunia akan berbicara, hari di mana mulut terkunci.... jgn sampa ms tu kt jd miskin bl amalan kt di tolak, di tolak, di tolak sebab menganiaya dan menzalimi binatang.... sedangkan kisah perempaun tua yg sgt kuat ibadahnya kecundang di akhirat akibat menzalimi kucing...inikan pula lembu 30-50 ekor.....
sm2 la kt berbuat baik pd segala benda yg ada di dunia.. kt ni adalah khalifah mereka..... sebab tu kt yg akan dibicarakan di akhirat nanti, bukan mereka.....
wallahua'lam....

kaya dunia or kaya akhirat...

ini hanya sebagai pengenalan saje sebab ms yg ada ni tidak mengizinkan utk mencoret maksud tajuk ini... namun begitu ape pun yg kt buat dua perkara ini kena sentiasa kita fikirkan... nabi-nabi dan rasul-rasul contoh yg terbaik untuk kt contohi sebagai role model dlm kehidupan di dunia dan di akhirat..
sebagai perkongsian dlm 2-3 minggu lepas ketika saya sedang sakit, demam mcm tak demam, tp batuk-batuk sampai sesak nafas... Allah bangunkan kira-kira jam 3 pagi coz sesak nafas dan batuk-batuk... nak minum ubat batuk br je minum sebelum tidur td dlm jam 12.00 mlm.. ingat nak buat la air teh panas2 utk legakan sikit batuk dan sesak nafas... tp tak sempat buat batuk2 dan sesak nafas agak teruk.. ms tu sy mula terbayang kalau ms ni la ditarik segala nikmat dunia coz nak nafas pun dah susah.... terbayang anak2, isteri, rumah, kereta, mak ayah dan segala hutang2 dan mcm2 lg la... tak lm lepas tu br la teringat tuan guru ngajar zikir-zikir... bl masuk je zikir-zikir td, alhamdulillah.... rs lega sikit sesak nafas tu...
em.... apa yang saya nak kongsikan di sini adalah kesedaran bahawa "kullu nafsin za iqotul maut"... setiap yang bernyawa pasti akan mati.... sy rasa kalau saya ni seorang yg miskin, kuat beribadah, anytime bersedia untuk meninggalkan dunia ini... tp sebab keinginan utk dunia tu masih lg tinggi, gentar je utk meninggalkan dunia yg fana ini....
kadang2 sy terfikir gak mcm ne bl tengah shoping, tgh mkn angin di luar negeri atau negara kt meninggal mcm ne ek? dah la amalan ciput, entah  betul entah tak amalan2 kt tu... wallahu a'lam.....