assalamualaikum....
bulan yang banyak memberi pengajaran dan menyedihkan bila orang yang kita kenal meninggal dengan tanpa dengar berita sakit atau nazak.... kullu nafsin za iqotul maut... benar kata Allah, setiap yang bernyawa pasti menemui mati... mati itu adalah pertemuan bagi kita yang hidup, bersedia atau tidak kita pasti bertemu dengan kematian, bertemu dengan malaikat izrail dan bahagianya orang soleh bila bertemu dengan Allah.
sekadar perkongsian bila cerita pasal mati... kitab-kitab lama yang saya ada terbaca, Maha Kaya Allah yang Pengasih dan Penyayang akan menghantar tanda atau peringatan kepada hamba-Nya sebelum dicabut oleh malaikat maut. seingat saya 100 hari sebelum kita meninggal Allah dah beri tanda, begitulah Pengasih dan Penyayangnya Allah, cuma kita je yang tak perasan dan sedar akibat kesibukan kita pada dunia. tanda yang bagaimana tu saya tak berani nak huraikan kerana kecetekan ilmu dan terlupa... cuma rakan-rakan yang baca boleh merujuk kepada orang Alim atau Guru Mursyid. Seterusnya tanda pada hari yang ke-40 dan sehinggalah semasa kita nazak... begitulah Pemurahnya Allah yang ingin hamba-hamba-Nya masuk ke Syurga-Nya....
Bagaimana persediaan kita untuk menghadapi mati?... sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, hadith nabi s.a.w 'man akhiri kalamuhu la ilaha illallah daholal jannah'.. barangsiapa yang akhir kalamnya la ilaha illallah masuk syurga.... pasti dan sudah pasti. tapi setakat mana amalan kita berzikir la ilaha illallah ni? kat masjid-masjid atau surau-surau kadang-kadang je berzikir la ilaha illallah... ramai imam-imam hanya bertakbir (Allahu akbar), bertahmid (alhamdulillah), bertasbih (subhanallah)... betul, tak salah imam-imam cuma sayang, seribu kali sayang.... yang disebut tadi masih lagi tak dikira berzikir melainkan ada yang dipandang atau dihati KETIKA bertakbir, bertahmid dan bertasbih. Dalam al quran ada menyebut berkaitan sebaik-baik zikir adalah la ilaha illallah. sayangkan kalau tidak disertakan dengan la ilaha illallah.....
satu lagi ayat dalam al quran ada menyebut "adalah dengan zikir Allah akan menenangkan hati".... mudah sahaja petua dan ajaran yang Allah ajar untuk tenangkan hati, tak payah nak pergi jauh-jauh, nak modal besar-besar, zikir je Allah pasti hati akan tenang... bagaimana kalau tak tenang gak? mungkin cara zikirnya tak betul, macam kita makan, baca doa atau tak baca tetap makan, tapi yang betulnya sebelum makan baca doa....
alhamdulillah, apa yang saya fikirkan dari tadi telah dikongsikan.. semoga saya sentiasa diberi Allah hidayah dan petunjuk.... Peringatan untuk kita terutama saya, bila tibanya akhir zaman dan tanda-tanda kiamat PERKARA YANG SALAH AKAN JADI BETUL, DAN PERKARA YANG SALAH AKAN JADI BETUL..... kita fikir-fikirkan lah....
ada pembetulan sikit kat last tu eh...
ReplyDeletePERKAR YANG SALAH JADI BETUL DAN PERKARA YANG BETUL JADI SALAH.... berhati-hatilah...