Monday, 21 May 2012

MAHA KAYA vs kaya ilmu

Assalamualaikum.... alhamdulillah dipanjangkan lagi oleh Allah umur dalam keimanan dan ketaqwaan, insyaAllah. hampir 2 bulan tidak menulis di blog... bukan tiada masa or bz.. tp kemalasan mengheret kepada kebekuan minda dan akal.... bagaikan binatang ada akal tapi tidak mampu berfikir, ada otak tapi tidak diberi keizianan oleh Allah untuk berminda... Alhamdulillah, banyak perbezaan kita dengan makhluk-makhluk yang lain...
Panjatkan kesyukuran kehadrat Allah dan rasulnya kerana sampai agama Islam kepada kita.. 'menurun' agama Islam kepada kita oleh kerana mak dan ayah kita Islam.. orang kata menurun ni tak betul, tapi bagaimana menurun agama? mari kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan?
Fikir dan renungkan sembahyang kita, adakah sembahyang kita menurun daripada mak dan ayah kita... bagaimana pulak puasa, zakat, haji dan yang paling penting Syahadah kita.... adakah sudah sempurna Islam kita... saya merujuk kepada diri sendiri yang amat lemah dan jahil dalam bab-bab agama ini.. belajar sembahyang pun masa sekolah rendah, masa belum baligh... sekarang baru terfikir betul atau tidak rukun fi'li kt, rukun qauli dan rukun qalbi... astaghfirullah...
Nabi pernah bersabda 'tolabul ilmi minal 'ahdi ilal lahdi... tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad... banyak dan luas betul ilmu Allah.. Allah yang Maha Sempuran, Maha Bijaksana, Maha Agong dan Maha Pengasih.. yang kita kena bersangka baik kepada-Nya... kt bersangka baik bahawa amalan kita diterima oleh-Nya... Namun begitu atas sandaran apa kt rasa amalan kt diterima... dalam urusan dunia pun kt kena ada KPI, untuk tanam pokok pun kt kena belajar, buat roti canai pun kena berguru.. inikan pula ilmu agama...
hari ini ramai di antara kt termasuk saya tak nak berguru dalam membetulkan sembahyang, entah-entah niat je pun kt dah tak betul... masalahnya siapa dan di mana tempat kita nak rujuk?
Menurut sejarah, Imam Nawawi mendapat solat yang khusyuk pada umur 40 tahun... itu ulamak yang sohor... orang kata kalau nak belajar buat rumah dengan tukang rumah, nak belajar buat parang belajar dengan tukang besi... nak belajar sembahyang khusyuk kena la cari guru mursyid yang sembahyangnya telah mendapat martabat khusyuk.... astaghfirullah, di mana kt hari ini kalau sembahyang kita, puasa kita, SYAHADAH kita, zakat kita, haji kita ke laut... sebagai peringatan untuk diri saya, berdampinglah dengan guru mursyid... selagi belum qiamat selagi tu lah guru mursyid tetap ada... kerana Allah Maha Penyayang.......

No comments:

Post a Comment