Tuesday, 20 March 2012

Maha Kaya

assalamualaikum.... ptg yg indah di Banda Hilir Melaka. alhamdulillah Maha Kaya Allah yang masih lg memberikan nikmat untuk kehidupan kt yg fana ini. tu la kayanya Allah..... diberi segala yg kita nak, yg kita tak nak pun di bagi gak... kaya Allah. tak kira siapa pun kita, kufur or beriman, baik or jahat, Allah tetap dgn sifat Al-Ghani, Ar-Rahman, Ar-Rahim....
so...mcm ne kt hendak jd hamba yg bersyukur? kalau dlm konsep hablu minannas, hubungan dgn manusia amat mudah... baik dibalas dgn baik, budi dibalas dgn budi, senyum dibalas dgn senyum, hormat dibalas dgn hormat... tp mcm ne pula konsep kt sebagai hamba kepada TUAN EMPUNYA ALAM?
Sekadar perkongsian, andai ada yg tidak terima pendapat saya, kt muzakarah la eh, maklum lah saya ni bukan ustaz, tapi untuk kekuatan jiwa dan rohani perkongsian ini ditulis....
Secara mudahnya kt kena faham maksud "HAMBA" itu sendiri. 'ma kholaqtul jinna wal insa illa liya'buduun'.... tidak Ku jadikan jin dan manusia utk beribadah (kepada Ku). menurut alim ulama', maksud beribadah (amal ibadah) adalah ikhlas semata-mata kerana Allah. luas tafsiran ikhlas ni kerana ikhlas ini Allah sahaja yg dapat menilainya.
kt sembahyang dgn khusyuk itu adalah ikhlas kerana Allah. jika sembahyang kt masih lg tidak khusyuk terutama saya ni belum lg sampai tahap ikhlas. kt duduk berzikir sampai bertahan 1jam-2jam atau lebih itulah ikhlas... kalau 10minit dh sakit belakang belum lg ikhlas... bagaimana Bilal bin Rabah boleh bertahan ketika diseksa itulah Ikhlas. Nabi Muhamad s.a.w sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki itulah ikhlas....
saya sering tertanya-tanya di mana tahap saya bila terlintas pasal Ikhlas ini? ikhlas bukan sekadar menderma sahaja... tp dari semua segi kt kena ikhlas... itu la amalan yg dipandang oleh Allah.. astaghfirullah...
wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment