Monday, 19 May 2014

Dengan nama Allah.....

alhamdulillah...
Allah bagi keizinan untuk memblog pd hari ini... minggu ini banyak pengajaran yg saya dapat terutama berkaitan urusan kita kepada Allah s.w.t. betapa jauh beza amalan kita dengan orang-orang alim ini. bagaimana seorang Alim yang dah berpuluh tahun tidak tidur malam. setiap malam selepas Isyak orang alim ini akan duduk mengingat Allah. Subhanallah.... saya ni berpuluh tahun mlm je tgk tv.... Astaghfirullah...
sempat saya bermuzakkarah dan meminta pendapat berkaitan sembahyang, amalan-amalan dan doa untuk diri yang hina lagi dhaif ini....

apa yang saya nak kongsikan ini mungkin agak lapuk kerana berkaitan jenazah seorang perempuan yang kuburnya bercahaya dan riak mukanya seperti orang tidur.... Subhanallah... ini lah Ahli Allah seperti yang disebutkan oleh imam Ghazali Rahimullah Alaih.... ada yang berpendapat mcm bohong dan permainan cahaya... tapi pada saya itulah ganjaran untuk Ahli Allah, ganjaran untuk Ahli Zikrullah....
bayangkan kalau dia boleh duduk berzikir berjam-jam... maksudnya zikrullah ini adalah amalan dia... kalau saya sendiri yang sihat ini 5 minit duduk pun dah letih dan lenguh-lenguh.... kalau tak percaya tuan-tuan dan puan-puan boleh cuba.... 

Hari ini kita sering di ceritakan berkaitan amalan-amalan yang boleh menambahkan pahala.... tak salah. tetapi kalau mengikut imam ghazali jika mengharapkan pahala, ganjaran, syurga dan sebagainya dalam amalan kita, kita baru jadi Ahli Akhirat... mereka-mereka ini akan dihisab/ ditimbang amalannya di hari akhirat.
tetapi Ahli Allah yang sentiasa mengharapkan redha dan rahim Allah, mereka-mereka inilah yang akan mendapat syafaat dan mendapat syurga tanpa hisab.....

sama-samalah kita banyakkan amalan kita... untuk ingatan yang menulis ini terutamanya....

No comments:

Post a Comment